Tuesday, November 27, 2012

towards the end of first trimester =)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ni rasa lebih baik..
After solat subuh bersama, bagitau abang teringin nak makan ikan bawal goreng..
Semangat ajak abang ke 'pasar' IM..
Honestly, dah lama tak rasa nak makan ikan goreng..
Even kalau balik rumah mak or mak mertua, mesti tak lalu nak makan..
Rasa mual, plus masa early pregnancy dulu siap bagitau abang bau ikan goreng busuk!
Tiba kat 'pasar' duk carila ikan bawal..
Sekali pak cik tu cakap, 'ikan bawal susah nak dapat'..
So sad :( ..
Hajat tak kesampaian lagi..
Akhirnya, beli je la sotong..

Pagi-pagi dah masak ;)
Sebab dah tahu kalau menjelang petang je biasanya memang rasa tak larat sangat..
Menjelang je malam mula lah mual tak tentu pasal..
So far, boleh kata setiap malam muntah..
Tapi sekarang frekuensi muntah tu dah berkurang..
Kalau sebelum ni, 4-5 kali juga muntah dalam sehari..
Sampai dah lembik, kering-kontang je badan rasanya..
Kalau dah banyak kali sangat muntah memang dah tak lalu dah sumbat makanan..
Rasa seolah-olah tekak dan perut dah luka..Pedih..

Alhamdulillah..
Pagi ni ibu dan ayah breakfast nasi putih + sotong masak merah + kerabu mangga =)..
Ayah macam biasala, selalunya memang akan tambah ;)..
So ibu pon akan rasa bahagia sangat!!!
Dah lama ibu tak masak untuk ayah, bila dapat sediakan masakan air tangan sendiri memang tersangatlah nikmat..
Ibu pon sebenarnya lagi selera nak makan masakan sendiri sebab kita masak ikut selera makan kita..
Rasa dah terlalu muak dengan makanan kat kedai-kedai makan..
Teringat kedai je pun dah rasa tersangat loya..
Apa nak buat, sebelum ni memang dapur pon tak masuk..
Tersangat lemah..
Sekarang better sikit..

InsyaALLAH, beberapa hari je lagi nak masuk second trimester..
InsyaAllah jugak, lusa hari juma'at ibu dan ayah akan pergi jumpa doktor..
Nak scan baby =)..
Hopefully kali ni kami dapatla tengok baby kat dalam rahim ibu ;)..
Terubat jugak rindu kami..

Ya Allah,
Engkau permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan akhirat..
Berikanlah kami iman dan taqwa kepada-Mu..
Peliharalah zuriat yang sedang kukandung ini..
Bentuklah zuriat kami ini sesempurna kejadian-Mu..
Semoga, zuriat yang bakal kulahirkan ini ialah zuriat yang beriman dan bertqwa kepada-Mu..
Wahai Allah yang Maha Berkuasa, takdirkanlah hamba-Mu ini habis degree on time dan takdirkanlah bayiku ini selamat lahir ke dunia setelahku selesai study..Ameen..
Sesungguhnya aturan-Mu yang terbaik..
Teguhkanlah tawakalku kepada-Mu..
Allahurabbi..

Monday, November 19, 2012

10/40 weeks of pregnancy

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekian lama berhajat nak update about my first pregnancy tapi baru hari ni terlaksana..
About one year kami menanti dan akhirnya Allah rezekikan aku pregnant..
Alhamdulillah..

Berbunga-bunga hati nak jadi ibu apalagi abang yang dah sekian lama juga berhajat nak jadi ayah..
Saat ni sedang melewati minggu ke-10 baby dalam kandungan..
Sejujurnya, baru sekarang aku benar-benar faham kesusahan demi kesusahan yang orang mengandung alami..
Kalau dulu, sekadar melihat kakak-kakak tersayang mengalami alahan..
Sekadar mendengar cerita daripada mak mengenai pengalaman alahan teruk mengandungkan kami lima beradik..
Sekadar melihat dan mendengar mungkin tidak banyak memberi kesan kepada diri..
Sekarang, Allah bagi diriku merasa sendiri 'nikmat' alahan ketika mengandung..
Allahurabbi..
Saat ini, tak mampu untuk meminta orang di sekeliling memahami keadaan diri..
Padaku, hanya mak dan kakak-kakak sendiri yang benar-benar  memahami..

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana kurniakan jodoh yang baik untukku..
Terima kasih abang..
Terlalu banyak yang abang lakukan untuk sayang..
Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikanmu wahai suamiku..

Mungkin pada sesetengah orang, mengandung tidaklah sesukar yang kurasa..
Tapi kuterima ini sebagai ujian dari-Nya..
Berkat sabar dan redha pasti besar pahala dari-Nya..
Kerap kali juga air mata menitis..kadang-kadang laju mengalir di pipi..
Ketahuilah suamiku, bukanku tak mampu lagi untuk terus bersabar..
Aku hanya hamba Allah yang biasa, lemah tiada daya dan upaya..
Itu hanyalah luahan rasa tanpa kata-kata..

Wahai zuriatku,
maafkan ibumu kerana tidak banyak berkomunikasi denganmu sayang..
Ketahuilah sayangku, ibu dan ayahmu tidak sabar menanti lahirmu ke dunia..
Betapa kami ingin menatap wajah sucimu, membelai manja dirimu sayangku..
Do'akan ibu dan ayah agar mampu mendidikmu dengan ajaran Al-Qur'an dan sunnah rasulmu..
Do'akan kami agar diberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menunaikan tanggungjawab kami sebagai ibu dan ayah untukmu sayangku..
Membesarlah dengan baik dalam kandungan ibu..
Semoga sayang lahir sebagai anak yang soleh solehah..
Anak yang mendo'akan keampunan dan keredhaan Allah untuk ibu dan ayah ketika kami masih hidup dan setelah kami meninggalkan dunia ini..
Anak yang dapat menjadi saham akhirat kami insyaAllah..
Tiada lain yang ibu dan ayah hajatkan dengan kandungan ini,
melainkan hanyalah mengharapkan zuriat-zuriatnya  tergolong dalam kalangan ahli syurga..ameen..




Friday, November 9, 2012

cOretan Pertama


20111126-IMG_1355.jpgCoretan yg aku tulis sebelum mengikat ikatan suci kami..
diberi setelah +- sebulan usia perkahwinan kami...=)

Ketahuilah isteriku,
Tiada apa yang dapat kau banggakan tentang diriku,
Jgn sekali-kali kau mencari kelebihan pada diriku,
Kerna kau akan dapati ia datang dan pergi dari diriku,
Jadilah pelengkap kepada diriku,tutuplah kelemahanku,bantulah aku mempersiapkan diriku..

Ketahuilah isteriku,
Aku bukan insan kamil,yang sempurna dimatamu,
Aku insan biasa yg punya rasa cemburu,yang punya rasa rindu,
Ketahuilah isteriku,
Tika aku marah,aku harap kau berdiam membatu,
Tika aku marah,kau menyejukkan,
Tika aku marah,kau melembutkan,
Tapi ketahuilah marah itu bukan sifat ebiasaanku…

Ketahuilah isteriku,
Aku akan sentiasa cuba menjadi yang terbaik untukmu,
Tika kau memerlukan aku,akan ku sentiasa hadir disisimu,
Takkan ku biar hati mu durka,bermuram durja,


Ketahuilah isteriku,
Aku akan sentiasa mencintai kamu,
Sebagaimana cintanya rasulmu pada isterinya khadijah,
Aku akan sentiasa menyayangi kamu,
Sebagaimana sayangnya nabimu pada aisyah..

Ketahuilah isteriku,
Dalam melayari bahtera rumah tangga,
Sesekali bahtera akan dihempas ombak,
Sabarlah wahai isteriku diketika dan saat itu,
Jangan sesekali kau cuba menyalahkan nakhodanya,
Jangan sesekali kau meluahkan penyesalan menaikinya,
Bantulah,
Berilah,
Ingatkanlah,
Aku..

with love,
your husband
shahril

Wednesday, September 19, 2012

16-09-2012

Again our first anniversary!!!
Ni ikut calendar omputih..hehe..
Em, on that day MIL ajak gi Gambang..main air..
Huhu bergembiralah kami di sana dengan k.ngah and family as well as adik-adik iparku semua ;)..
Tak puas lagi main, baru nak naik gelongsonr lagi dengan abang..
Tup tup mak dah kat atas cari kitorang and ajak balik..
Sedih je :(..abang cakap, "xpe lain kali kita datang lagi ye sayang".. =)




Thank too for the gift dear ;)

/

ikan oh ikan ;)

*o9-09-2012*

Hari ni adalah hari ahad.
The only day my luv hubby is not working..
The only time we have much time together =)..
On that morning, abang ajak ke kedai jual ikan, akuarium dan segala benda yang bersangkutan..
Actually dekat sangatla kedai dengan our house..
Tapi saja nak naik moto dengan abang..
Malas jalan kaki and nak bermanja =) huhu..
Excited betul rupanya abang dengan ikan..
About RM70++ juga habis dilaburkan untuk bela ikan ni..
Em, balik je rumah terus bersihkan akuarium sedia ada yang ditinggalkan penyewa sebelum ini..

Ini adalah rupa akuarium kami =)..



Malangnya, akuarium yang hanya bertahan tak sampai satu jam ni musnah sekelip mata je..
Time tu kami berdua tengah memasak di dapur..
Tetiba terdengar bunyi kuat..Nak kata accident macam tak..
Keluar tengok ruang tamu, waaawaaa.........
Terkedu!!
Pecah habis akuarium kami.. :(
Yang dilihat, ikan meronta-ronta di lantai..
Habis satu rumah banjir..
Tergendalalah proses memasak mee rebus di dapur..
Ini kali kedua kami terpaksa membasuh rumah =)..
*suci bersihla rumahku syurgaku*..
Nak dijadikan cerita, kitorang letak akuarium tu atas meja stadi..
Meja tu tak mampu nak tampung berat air dalam akuarium tu kot..
So kedua-dua kaki meja kat depan tu patah..
Itulah sebab mengapa akuarium itu boleh jatuh dan pecah..
Em dahla akuarium pecah, meja stadiku juga dah patah :(..
Bersabarlah wahai diri!!
(tak sempat nak ambik gambar sebab semua gelabah nak kemaskan akuarium yang pecah)

Tapi, sekarang kami ada akuarium baru..
Abang memangla tersangat excited..
Huhu..terkadang rasa macam berebut kasih sayang abang dengan ikan-ikan itu sekalian..
Asal abang bahagia :)

Our new aquarium =)

31-08-2012

A day to remember ;)
On that day actually mak, ayah and all my sisters came to our new rent house..
Datang melawat la konon-konon..
Happy to prepare dinner for them..
Menu on that night just ikan singgang pedas as requested by abang =), ikan goreng, ulam-ulaman and of course budu ;)...
Alhamdulillah tiada pembaziran berlaku..
Tapi diorang semua duk kalut nak keluar..
Yang hairannya langsung diorang tak ajak kami suami isteri untuk turut serta :(..
But then, i'm okay je but telling words to abang..
I'm saying there's must be something..
Tengah kitorang berdua mengemaskan dapur dan cuci pinggan mangkuk semua,
mom called..huhu..asking for the home adress..
What to say?..bagitau je lah..dalam hati, *dah agak dah*..
Surprisingly, mak hadiahkan kami dining set and kitchen cabinet ;)..






Thank you mom because you are too supportive!! =)
To be true, we already looking for that kitchen cabinet..but waiting for the budget..hehe
So now, save the budget already ;)

Saturday, September 8, 2012

tetamu Juma'at ;)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah semalam dapat sediakan lunch untuk kawan-kawan yang dikasihi kerana Allah..Plan asalnya, along sarah and andak nadia je yang nak datang beraya ke rumah..but then, alang muni and kak sa pon nak join skali..before that, planning nak buat mee rebus je..tengok bahan-bahan dalam peti tak cukup la pulak..rasa macam tak sedap je nak ajak orang datang beraya tapi bagi makan biskut kering je..lastly, decided to prepare lunch together..

Friday, September 7, 2012

sharing is caring.. ;)

Keutuhan sesebuah rumahtangga sangat dipengaruhi oleh baiknya kepemimpinan seorang suami (sebagai ketua keluarga) dalam membina keluarganya. Lebih-lebih lagi adalah SIKAP & PERILAKUnya dalam bergaul dengan isterinya. Suami isteri sebagai tunjang UTAMA dalam sesebuah rumahtangga, bila mengalami kerosakan maka bangunan rumahtangga akan runtuh. Disebabkan hubungan ini seharusnya sentiasa di jaga dengan memperhatikan HAK & KEWAJIPAN masing-masing.

Thursday, September 6, 2012

menanti dan akan terus menanti...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah masih diberikan peluang oleh Allah untuk berusaha menjadi hamba dan khalifahNya yang lebih baik..Hari ni hari jumaat..hari yang sangat diberkati kan..Em, sebenarnya perasaan tak la gembira mana hari ni..straight to the point, bulan ni my period found to be late than usual..so kami suami isteri ni menyimpan harapan yang sangat la tinggi hopefully kali ni 'lekat'la..

Wednesday, September 5, 2012

1st anniversary ;)

Bismillahirrahmairrahim..

Lama sudah blog kami suami isteri tidak di'update'..sedar tak sedar dah genap 1 tahun kami berkongsi warna warni kehidupan..Alhamdulillah ya Allah, semalam 18 Syawal adalah 1st anniversary kami..moga baitul muslim ini terus berkekalan hingga ke Syurga, insyaAllah..

Wednesday, March 14, 2012

CiNta

"PerKAHWINan itu bukan SEMUDAH yang kita sangkakan, DAN tidak pula seSUKAR yang kita rasakan"

..Dari satu sudut rasa seOrang lelaki yang bernama SUAMI...
perkahwinan itu menuntut kesabaran,
kesabaran dalam menongkah arus kehidupan suami isteri,
hakikatnya, alam perkahwinan itu penuh ONAK dan DURI,
lagi berliku jalannya.

Tuesday, March 13, 2012

BismiLLAH

Bismillahirrahmanirrahim..

dengan kalam Allah, ku mulakan mencOret sepatah dua memecah kebuntuan minda.
ALLAhuRAbbuna,
RAsulullah Qudwatuna,
AlQur'an Dusturuna.

Tanggal 18 syawal 1432,bersamaan dengan 16 september 2011,
termeterai ikatan dua jiwa,
Nurhazirah binti Ali sah menjadi ratu hati Mohd Shahril Anwar bin Mohd Puzi,
kini sudah menghampiri enam bulan usia pernikahan kami.
entah sudah fasa ke berapa taa'ruf kami.