Thursday, June 20, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah wa syukur lillah..
Hari ni dah masuk hari ke-15 aku berpantang..

Dah lama nak update entry berkenaan kelahiran zuriat sulung kami..
Baru hari ni berkesempatan..
Sebenearnya, habis je exam 28hb Mei, abang dah desak nak hantar balik Terengganu..
Tapi macam-macam alasan aku bagi supaya aku still boleh stay dengan dia kat Kuantan..
Kebetulan thesis correction pon belum siap + result exam practical clinic pon belum dapat..
Kata abang, buat je thesis correction kat rumah dan kalau kena repeat exam practical clinic dia balik ambil..
But then, end up aku tetap berkeras nak stay kat Kuantan..

After habis exam, ada hari yang aku duduk saja..ada hari yang aku stay kat library..dan ada hari yang aku ikut abang pergi kerja..
Bila rasa badan dah makin tak larat, banyaknya aku ikut abang pergi kerja..
4hb Mei, aku ikut abang pergi kerja..
Buat thesis correction, tidur, solat dan makan semuanya kat tempat kerja abang..
Petang tu rasa tak larat..rasa sakit perut..tapi aku rasa sakit sebab nak buang air besar..
Budak-budak kat tempat kerja abang cakap muka aku merah..
Diorang bajet aku sakit nak bersalin siap ajak pergi Klinik Farabi lagi, diorang boleh temankan..
Aku senyum je..
Balik je kerja, terus kami dinner kat Celup..
Sampai rumah, aku suruh abang terus kunci pagar..
Abang cakap nanti malam kan nak pergi library buat thesis correction..
Aku cakap tak nak, nak rest malam ni..
Lagi pun malam tadi dah stay kat library buat kerja..
Abang ok je..

Malamnya, aku dengan  abang solat berjemaah macam biasa..
Lepas solat isyak sama-sama, kitorang terus rest kat atas katil..
Aku cakap malam ni nak tidur awal..
Biasanya abang akan surf internet and biarkan aku tidur dulu..
Tapi malam tu, abang pon tidur awal..

Aku tak pasti pukul berapa aku terkejut tidur, tapi aku tak lena mana sebab rasa macam nak demam..
Tapi aku paksa juga tidur..
Lebih kurang dalam pukul 3-4 pagi kot, abang terkejut tidur dan tanya aku ok ke sebab katanya badan aku terketar-ketar..
Tapi aku tak rasa pon..
Yang aku rasa, sakit perut macam nak period..
Kali ni lain sikit aku rasa..tak macam sakit main-main sebelum ni..
Makin lama makin kerap..
Macam biasa, asal sakit je mesti ajak balik Terengganu..

Aku buat keputusan untuk bangun and terus pergi toilet..
Bersihkan diri dan ambil wudhu'..
Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk buat solat sunat (tahajjud, taubat dan hajat)..
Masa tengah solat pon ada masanya sakit tu datang menyerang..
After solat, aku tunggu untuk solat subuh sambil baring atas katil..
Then decide untuk bagitahu mak, dan minta pendapat balik KT ke tak..
Mak reply suruh balik je..
Aku pon kejutkan abang suruh bangun solat dan cakap mak suruh balik Terengganu..

Kami solat subuh sama-sama, kemas barang-barang yang perlu, dan bersiap untuk balik..
Abang sms bos dia cakap tak pergi kerja sebab aku sakit..
Before 7am kami bertolak balik Terengganu..
Dalam kereta, kerap sakit tu datang..
Bila aku relax je, mesti abang tanya tak sakit dah ke?..
Bimbangnya dia bila aku tak sakit..Abang dah tak sabar nak tengok baby..huhu..

Alhamdulillah, dalam 10 pagi kami sampai kat rumah mak..
Tiba-tiba berselera hari ni..banyak makan sebab rasa lapar sangat..
Mak buatkan bubur sup ayam and ikan bilis goreng pon ada skali..
Lepas dah makan, aku rest kejap dan buat thesis correction..
Masuk waktu zohor, aku rasa tak larat dah nak teruskan..
Aku masuk bilik dan tidur kejap..
Solat zuhur dan rest lagi..
Sementara tunggu asar, sakit makin kuat terasa..
Abang decide untuk solat asar kat rumah je dengan aku sebab bimbang tengok keadaan aku..
Masa kat toilet nak ready solat asar pon aku rasa lain macam je kat toilet..
Tapi still nak tahan..
Abang dah duk pujuk ajak pergi klinik..
Aku cakap pergi lepas isya' la senang sikit dah siap solat semua..
Tapi bila mak balik dari masjid, mak suruh pergi klinik terus..
Katanya, kalau tengok muka aku, nampak macam dah nak bersalin..
So, ready-ready semua dalam 6 petang lebih baru heading to klinik intan..
Mak drive, me with abang kat belakang..
Mak yang suruh abang temankan aku kat belakang..
Mak suruh abang gosokkan bahagian belakang supaya aku rasa lega sikit..hehee..sweet je ;)

Sampai di klinik, abang masuk sorang je dulu..
Then, abang datang kat kereta dan ajak aku masuk..
Masuk-masuk je terus nurse suruh aku masuk bilik bersalin..
Dah bajet, mesti nak cek jalan..
Macam-macam yang aku fikir dan bayangkan..
Dahla menurut kata orang yang dah berpengalaman, cek jalan ni sakit..
So, cuak juga rasanya..
Bila doktor cek jalan, aku dengarla dia cakap dah 6-7cm..
Hu tak sangka dah besar juga bukaan..
Aku bajet tak terbuka lagi sebab mana pernah ada pengalaman kan..
Nurse bagi aku kain batik dan baju..
Sebelum tu dia masukkan ubat nak suruh aku buang air besar..
Apalagi, tak tertahan rasanya..
Nak terkeluar time tu juga..
Aku pon melulu ke toilet tak sempat nak borak banyak dengan mak and mak su yang tetiba je ade..huu
Lama aku kat toilet sebab bajet nak ready terus untuk solat maghrib..
Tapi lendir bercampur darah still keluar..
Mak dah bising kat luar, bimbang aku kat toilet lama-lama..
Then bila keluar, terus nurse suruh masuk dalam wad mawar..
Alhamdulillah, memang selesa..toilet kat dalam bilik..mak and sesiapa pon boleh masuk..
Aku baring je kat atas katil, mak dengan abang ready untuk solat maghrib..
Nurse masuk sekali lagi untu cek tekanan darah sebab masa cek jalan tadi, tekan darah aku tinggi..
Nasib baik doktor bagi je bersalin kat sini since aku takde risiko lain selain primid..
Settle je mak dengan abang solat, aku disuruh masuk ke bilik bersalin..
Masa baring kat atas bed, nurse tanya nak suami temankan ke?
Aku tanya, boleh ke?
Nurse cakap, boleh..Dah tentulah aku nak suami ada kat sisi..
Kesian kat mak, mak nak temankan aku jugak, tapi nurse cakap bilik tu sempit..
Dia boleh benarkan suami je temankan..
Makin lama aku rasa makin tak tahan..
Sakit sangat..Nak terberak je rasa..
Tapi, nurse tak bagi teran..masalahnya aku tak tahan dah..
Nurse cek jalan kejap je dari 8cm, 9cm, then ready untuk deliver..
Nurse ajar teknik bernafas supaya tak teran selagi dorang tak suruh teran..
Masalahnya, tak tertahan dah..tolonglah faham..huu

Akhirnya, setelah beberapa kali teran, alhamdulillah puteri sulung kami seberat 2.85kg selamat dilahirkan pada jam 8.57malam..
Abang cium dahi, wah sweetnya..hee..
Nurse minta abang pergi ambil wudhu' untuk azan dan iqamahkan baby jap lagi..
Alhamdulillah pengalaman yang takkan dilupakan..

Tuesday, January 29, 2013

Alhamdulillah =)

Bismillahirrahmanirrahim..

ALHAMDULILLAH WA SYUKUR LILLAH...

Dengan izin-Mu, berkat do'a suami, mak & ayah, adik-beradik semua,
alhamdulillah lulus juga semua subjek sem I 12/13..
In shaa Allah, ada satu sem lagi yang masih berbaki..
Mudah-mudahan dengan izin Allah dan berkat do'a berterusan daripada insan-insan tersayang,
sem II 12/13 yang bakal bermula hari isnin ni (4 Feb. 2013) adalah sem terakhir untuk habiskan
ijazah dalam bidang audiologi..
Semoga, 'ilmu yang dipelajari sepanjang bergelar pelajar UIA, diberkati Allah sehingga ke akhir hayat..
Moga-moga 'ilmu itu juga bermanfaat untuk orang lain, in shaa Allah..

Untuk diriku,
bersedialah dari awal..
Bersedia bermula sekarang..
Belajar secara konsisten..
Fokus pada projek tahun akhir..
In sha Allah, semoga semuanya berlalu dengan baik..
Allah dah aturkan yang terbaik..
Yakinlah..
Yang penting, sentiasa berusaha,
dekatkan diri dengan Allah,
perbaiki akhlak dan 'amalan kepada lebih baik,
jaga hubungan dengan Allah,
jaga hubungan sesama manusia,
jaga hubungan sesama makhluk ciptaan-Nya..
Bersangka baik dengan Allah =)

 *simple strory*
Last night, on the way balik dari Giant (beli barang-barang keperluan rumah),
terpaksa abang stop kereta kat tepi jalan sebab nak muntah..
Walaupun dah rasa semakin baik, tapi ada juga masanya alahan datang menyerang!
Bersabarlah, yakin Allah akan cukupkan pahala bagi orang-orang yang bersabar..

Terima kasih Allah untuk segala nikmat dan ujian yang Engkau berikan..
Semoga ini semua mendekatkanku kepada-Mu!

LOVE ALLAH
Love Rasulullah s.a.w.
Love Hubby
Love Mak & Ayah
Love ALL ;)

20/40 =)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah ya Allah, dah 20 minggu usia zuriat dalam kandungan..
Alhamdulillah ya Allah, alahan yang Engkau uji selama lebih kurang 17-18 minggu berakhir juga..
Alhamdulillah ya Allah, jadikanlah aku dan suamiku hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur..

Sedang menanti keputusan peperiksaan sem I 12/13..
Ya Allah, izinkanlah aku lulus dengan baik semua subjek yang aku ambil..
Kabulkanlah ya Allah..
Sesungguhnya segalanya dalam kekuasaan-Mu!

InsyaAllah, jika Engkau takdirkan aku lulus semua subjek sem lepas, ada satu sem lagi yang bakal dilalui..
Akan melalui sem akhir dalam keadaan sarat mengandung..
Ya Allah, permudahkanlah untukku menyiapkan projek tahun akhirku dengan jayanya..
Walaupun sentiasa ada cabaran yang hadir, yang kadang-kadang membuatku terasa perit untuk laluinya,
aku yakin dengan pertolongan-Mu ya Allah..
Walau sesukar mana jalan yang harus kutempuhi, moga sentiasa ada jalan keluar dari-Mu..

Alhamdulillah, setakat ni dah boleh rasa pergerakan baby..
Sweetnya perasaan..
Kadang-kadang tergelak sebab geli dengan tendangan-tendangan manja baby.. ;)
Tak sabar nak jadi ibu, pada masa yang sama sangat takut untuk memikul amanah besar dari Allah ini..
Abang, semoga Allah bagi kita berdua kekuatan iman dan kesabaran dalam mendidik zuriat yang bakal menjadi saham akhirat buat kita berdua..
Suamiku sayang, semoga kita berdua amanah, jujur dan ikhlas membesarkan zuriat ini..
Mudah-mudahan berkat pergantungan kita dengan Allah, anak ini menjadi anak yang soleh solehah, mukmin dan mukminah yang berjuang menegakkan kalimah tauhid di muka bumi Allah ini..

Semoga anak ibu jadi  jauh lebih baik daripada ibu dan ayah..
Selalu ibu berdo'a moga anak ibu jadi hamba Allah yang mahir al-Qur'an..
Belajar, ber'amal dan mengajarkan al-Qur'an, insyaAllah..

Setakat ni, alhamdulillah ibu dan ayah dah belikan barang-barang keperluan baby..
Ada lagi yang perlu dibeli, insyaAllah banyak lagi masa untuk sediakan semua keperluan baby..
Alhamdulillah syukur sangat dengan rezeki yang Allah limpahkan, dapat juga ibu dengan ayah sediakan apa-apa yang perlu..
Terima kasih abang, semoga Allah kurniakan sebaik-baik ganjaran untuk abang..
Anak ibu sayang, ayah sentiasa berusaha mencari rezeki yang halal untuk kita sekeluarga..
Moga-moga setiap rezeki yang Allah rezekikan untuk kita ada keberkatannya..
Sedikit atau banyak, kita kena sentiasa bersyukur..
Yakinlah dengan Allah, ssentiasa bersangka baik dengan-Nya!
Terima kasih juga untuk mak dan ayah yang sangat-sangat supportive..
Nenek dengan Ki sponsor stroller untuk baby =)...sayang nenek & ki!!