Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, hari ni rasa lebih baik..
After solat subuh bersama, bagitau abang teringin nak makan ikan bawal goreng..
Semangat ajak abang ke 'pasar' IM..
Honestly, dah lama tak rasa nak makan ikan goreng..
Even kalau balik rumah mak or mak mertua, mesti tak lalu nak makan..
Rasa mual, plus masa early pregnancy dulu siap bagitau abang bau ikan goreng busuk!
Tiba kat 'pasar' duk carila ikan bawal..
Sekali pak cik tu cakap, 'ikan bawal susah nak dapat'..
So sad :( ..
Hajat tak kesampaian lagi..
Akhirnya, beli je la sotong..
Pagi-pagi dah masak ;)
Sebab dah tahu kalau menjelang petang je biasanya memang rasa tak larat sangat..
Menjelang je malam mula lah mual tak tentu pasal..
So far, boleh kata setiap malam muntah..
Tapi sekarang frekuensi muntah tu dah berkurang..
Kalau sebelum ni, 4-5 kali juga muntah dalam sehari..
Sampai dah lembik, kering-kontang je badan rasanya..
Kalau dah banyak kali sangat muntah memang dah tak lalu dah sumbat makanan..
Rasa seolah-olah tekak dan perut dah luka..Pedih..
Alhamdulillah..
Pagi ni ibu dan ayah breakfast nasi putih + sotong masak merah + kerabu mangga =)..
Ayah macam biasala, selalunya memang akan tambah ;)..
So ibu pon akan rasa bahagia sangat!!!
Dah lama ibu tak masak untuk ayah, bila dapat sediakan masakan air tangan sendiri memang tersangatlah nikmat..
Ibu pon sebenarnya lagi selera nak makan masakan sendiri sebab kita masak ikut selera makan kita..
Rasa dah terlalu muak dengan makanan kat kedai-kedai makan..
Teringat kedai je pun dah rasa tersangat loya..
Apa nak buat, sebelum ni memang dapur pon tak masuk..
Tersangat lemah..
Sekarang better sikit..
InsyaALLAH, beberapa hari je lagi nak masuk second trimester..
InsyaAllah jugak, lusa hari juma'at ibu dan ayah akan pergi jumpa doktor..
Nak scan baby =)..
Hopefully kali ni kami dapatla tengok baby kat dalam rahim ibu ;)..
Terubat jugak rindu kami..
Ya Allah,
Engkau permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan akhirat..
Berikanlah kami iman dan taqwa kepada-Mu..
Peliharalah zuriat yang sedang kukandung ini..
Bentuklah zuriat kami ini sesempurna kejadian-Mu..
Semoga, zuriat yang bakal kulahirkan ini ialah zuriat yang beriman dan bertqwa kepada-Mu..
Wahai Allah yang Maha Berkuasa, takdirkanlah hamba-Mu ini habis degree on time dan takdirkanlah bayiku ini selamat lahir ke dunia setelahku selesai study..Ameen..
Sesungguhnya aturan-Mu yang terbaik..
Teguhkanlah tawakalku kepada-Mu..
Allahurabbi..
Tuesday, November 27, 2012
Monday, November 19, 2012
10/40 weeks of pregnancy
Bismillahirrahmanirrahim..
Sekian lama berhajat nak update about my first pregnancy tapi baru hari ni terlaksana..
About one year kami menanti dan akhirnya Allah rezekikan aku pregnant..
Alhamdulillah..
Berbunga-bunga hati nak jadi ibu apalagi abang yang dah sekian lama juga berhajat nak jadi ayah..
Saat ni sedang melewati minggu ke-10 baby dalam kandungan..
Sejujurnya, baru sekarang aku benar-benar faham kesusahan demi kesusahan yang orang mengandung alami..
Kalau dulu, sekadar melihat kakak-kakak tersayang mengalami alahan..
Sekadar mendengar cerita daripada mak mengenai pengalaman alahan teruk mengandungkan kami lima beradik..
Sekadar melihat dan mendengar mungkin tidak banyak memberi kesan kepada diri..
Sekarang, Allah bagi diriku merasa sendiri 'nikmat' alahan ketika mengandung..
Allahurabbi..
Saat ini, tak mampu untuk meminta orang di sekeliling memahami keadaan diri..
Padaku, hanya mak dan kakak-kakak sendiri yang benar-benar memahami..
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana kurniakan jodoh yang baik untukku..
Terima kasih abang..
Terlalu banyak yang abang lakukan untuk sayang..
Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikanmu wahai suamiku..
Mungkin pada sesetengah orang, mengandung tidaklah sesukar yang kurasa..
Tapi kuterima ini sebagai ujian dari-Nya..
Berkat sabar dan redha pasti besar pahala dari-Nya..
Kerap kali juga air mata menitis..kadang-kadang laju mengalir di pipi..
Ketahuilah suamiku, bukanku tak mampu lagi untuk terus bersabar..
Aku hanya hamba Allah yang biasa, lemah tiada daya dan upaya..
Itu hanyalah luahan rasa tanpa kata-kata..
Wahai zuriatku,
maafkan ibumu kerana tidak banyak berkomunikasi denganmu sayang..
Ketahuilah sayangku, ibu dan ayahmu tidak sabar menanti lahirmu ke dunia..
Betapa kami ingin menatap wajah sucimu, membelai manja dirimu sayangku..
Do'akan ibu dan ayah agar mampu mendidikmu dengan ajaran Al-Qur'an dan sunnah rasulmu..
Do'akan kami agar diberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menunaikan tanggungjawab kami sebagai ibu dan ayah untukmu sayangku..
Membesarlah dengan baik dalam kandungan ibu..
Semoga sayang lahir sebagai anak yang soleh solehah..
Anak yang mendo'akan keampunan dan keredhaan Allah untuk ibu dan ayah ketika kami masih hidup dan setelah kami meninggalkan dunia ini..
Anak yang dapat menjadi saham akhirat kami insyaAllah..
Tiada lain yang ibu dan ayah hajatkan dengan kandungan ini,
melainkan hanyalah mengharapkan zuriat-zuriatnya tergolong dalam kalangan ahli syurga..ameen..

Friday, November 9, 2012
cOretan Pertama
Coretan yg aku tulis sebelum mengikat ikatan suci kami..
diberi setelah +- sebulan usia perkahwinan kami...=)
Ketahuilah
isteriku,
Tiada apa yang dapat kau banggakan tentang diriku,
Jgn sekali-kali kau mencari kelebihan pada diriku,
Kerna kau akan dapati ia datang dan pergi dari diriku,
Jadilah pelengkap kepada diriku,tutuplah kelemahanku,bantulah aku mempersiapkan diriku..

Ketahuilah isteriku,
Aku bukan insan kamil,yang sempurna dimatamu,
Aku insan biasa yg punya rasa cemburu,yang punya rasa rindu,
Ketahuilah isteriku,
Tika aku marah,aku harap kau berdiam membatu,
Tika aku marah,kau menyejukkan,
Tika aku marah,kau melembutkan,
Tapi ketahuilah marah itu bukan sifat ebiasaanku…
Ketahuilah isteriku,
Aku akan sentiasa cuba menjadi yang terbaik untukmu,
Tika kau memerlukan aku,akan ku sentiasa hadir disisimu,
Takkan ku biar hati mu durka,bermuram durja,
Ketahuilah isteriku,
Aku akan sentiasa mencintai kamu,
Sebagaimana cintanya rasulmu pada isterinya khadijah,
Aku akan sentiasa menyayangi kamu,
Sebagaimana sayangnya nabimu pada aisyah..
Aku akan sentiasa mencintai kamu,
Sebagaimana cintanya rasulmu pada isterinya khadijah,
Aku akan sentiasa menyayangi kamu,
Sebagaimana sayangnya nabimu pada aisyah..
Ketahuilah isteriku,
Dalam melayari bahtera rumah tangga,
Sesekali bahtera akan dihempas ombak,
Sabarlah wahai isteriku diketika dan saat itu,
Jangan sesekali kau cuba menyalahkan nakhodanya,
Jangan sesekali kau meluahkan penyesalan menaikinya,
Bantulah,
Berilah,
Ingatkanlah,
Aku..
with love,
your husband
shahril
Subscribe to:
Comments (Atom)